Idea Bisnes Online

"Bersama Kita Berkongsi Idea Bisnes Untuk Berjaya"

Sunday, May 21, 2006

Siapa Mereka??

Hai...Teman Setia Blog Ideabisnes...

Apa khabar??

Kali ini saya cuma nak teman semua berfikir sejenak.... (Fikir Sejenak Lebih Baik Dari Tak Fikir Langsung)...

Kenal Mereka Tak??

Siapa Mereka ni??...














Salam Ikhlas,

Nayan Mohd

http://siberbisnes.blogspot.com


Saturday, May 20, 2006

8 - Salah Anggapan Mengenai Perniagaan Online



Oleh : Asmawati Abdul Manap
http://kerjadarirumah.blogspot.com


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pada masa kini, terdapat begitu ramai yang beralih kepada menjalankan sepenuhnya perniagaan secara online dengan beberapa kepercayaan bahawa ia merupakan satu cara yang lebih mudah dan murah berbanding menjalankannya secara offline.

Sebenarnya tiada cara yang mudah dan murah untuk menjalankan apa jua perniagaan secara online atau offline. Internet merupakan salah satu kaedah berbeza didalam menjalankannya. Antara kenyataan yang memerlukan penelitian anda ialah

#1:Ia begitu mudah hinggakan sesiapa sahaja boleh melakukannya – sebenarnya anda mungkin tidak dapat melakukannya walaupun didalam imaginasi. Secara realitinya, membangunkan sebuah perniagaan internet ialah satu proses yang sangat lambat, mengambil masa yang panjang dan mengecewakan. Usaha pertama anda pastinya menyediakan sebuah laman web.

Sebenarnya bukanlah sesuatu yang mudah untuk membina sebuah laman web, terutamanya jika anda baru berjinak-jinak dengan dunia ini kerana ia boleh mengambil masa berbulan-bulan hanya untuk laman web yang mempunyai 2-3 muka sahaja. Kalaupun anda ingin meminta orang lain membangunkannya, anda perlu tahu apa yang anda ingini dan mempunyai peruntukan mencukupi untuknya.

Anda juga akan dihujani dengan pelbagai maklumat yang diperolehi dari pelbagai sumber yang memberikan pelbagai jenis fakta. Apa yang penting ialah praktikkan apa yang boleh membantu anda dan sentiasa belajar melalui kaedah trial and error.

Bayangkan bagaimana anda menghabiskan masa seharian mencuba untuk mendapatkan ranking terbaik didalam search engine tetapi akhirnya masih dikedudukan corot dan mencari pakar lain pula untuk mengetahui apakah kesilapan anda.

Akhirnya anda akan sedar bahawa sebenarnya anda perlu belajar bagaimana melakukannya sendiri berdasarkan segala maklumat yang anda ada. Ramai yang berputus asa kerana ia memerlukan kerja keras dan penuh dengan kekecewaan kerana mereka sebenarnya tidak bersedia untuk melakukan apa yang perlu dilakukan.

#2:Saya boleh menjadi kaya pada hari esok – kaedah termudah untuk menjadi kaya sepantas itu ialah dengan memenangi hadiah pertama nombor ekor (ingat! Berjudi haram disisi Islam). Namun ia tidak akan menjadi kenyataan melalui internet. Jadi, jangan sekali-kali bermimpi anda akan menjadi kaya esok sebaik sahaja menyertai sebarang perniagaan online.

#3:Sebaik sahaja laman web siap, saya boleh berehat dan membiarkannya bekerja untuk saya – Ia takkan berlaku! Jangan sekali-kali percaya kenyataan ini kerana dengan hanya upload laman web anda ke “host server” ianya bermakna bahawa semua orang tahu bahawa ia wujud kerana hanya anda dan web host anda sahaja yang tahu (jika anda menggunakan hosting percuma, biasanya mereka langsung tidak endahkan kewujudan anda)sebuah laman web yang berjaya memerlukan begitu banyak kerja lain untuk membolehkannya berjaya.

Anda perlu mendaftar dengan search engine seperti Yahoo, Google, MSN, dll (kerana mereka tidak akan mencari anda secara automatik) dan ia tidak akan berada diindeks teratas sebaik sahaja didaftarkan. Anda perlu menunggu beberapa minggu atau bulan untuk diindekskan.

Anda juga perlu tahu apakah keyword yang sesuai untuk laman web anda. Anda juga perlu mendapatkan pelawat (trafik) ke laman web anda melalui pelbagai kaedah promosi samada online atau offline.

Apabila telah mempunyai pelawat, anda juga perlu memastikan bahawa laman web anda akan memberikan pendapatan (melalui jualan!) kepada anda. Tiada gunanya mempunyai pelawat yang ramai tetapi isi kandungannya tidak berjaya menyakinkan mereka untuk sentiasa kembali melawatnya semula atau melanggan produk/ perkhidmatan yang ditawarkan. Sebenarnya ia memerlukan begitu banyak kerja dan ia melibatkan masa dan wang yang banyak.

#4:Saya tidak perlu mengeluarkan wang untuk memasarkan perniagaan saya – ia adalah benar kerana anda tidak akan dapat melakukan pemasaran secara offline tanpa sebarang modal. Keadaannya adalah sama dengan pemasaran online. Mungkin anda boleh memasukkan iklan melalui pelbagai laman web berbentuk classified, direktori, forum, email, dll secara percuma.

Adakah anda sedar bahawa akses internet itu sendiri mempunyai kosnya yang tersendiri? Ini belum diambilkira tentang masa yang digunakan untuk menjalankan perniagaan (nilaikan jam bekerja anda dalam bentuk wang, misalnya RM2 sejam). Dengan ini, anda akan sedar bahawa tiada apa pun yang percuma, lebih-lebih lagi didalam perniagaan.

#5:Saya boleh membuat wang semasa tidur (atau bercuti) – ia juga adalah benar sehingga suatu tahap. Dengan mengautomasikan sebanyak mungkin tugasan dengan pelbagai jenis software yang ada didalam pasaran, anda boleh mempunyai lebih banyak masa terluang untuk membuat perkara lain. Anda boleh gunakannya untuk tidur atau bercuti dan dalam masa yang sama memperolehi wang.

Tetapi jika anda terus leka dengan keadaan ini dan tidak sentiasa memperbaiki diri dan perniagaan anda, akan tiba masanya anda tidak akan memperolehi satu sen pun melalui perniagaan anda.

Perniagaan ini adalah seperti sayuran yang ditanam (andaikan laman web anda yang telah disiapkan) di kebun sayur anda. Kemudian anda telah mengautomasikan proses penyiraman dan pembajaan (andaikan anda mengautomasikan proses mengumpul alamat email, menghantar e-newsletter secara berkala dan proses tempahan, pembayaran dan penghantaran), tetapi anda tidak boleh berhenti setakat itu sahaja dan menunggu hasilnya.

Anda masih perlu menjalankan proses memantau pertumbuhannya, memeriksa jika ada serangga perosak dan memastikan ia diberikan baja yang sesuai dan mencukupi (adakah anda bersedia menjawab pelbagai soalan yang diajukan pelawat/pelanggan, mengkaji prestasi laman web anda dari masa ke semasa, dll).

Jika anda tidak memastikan proses ini secara berterusan, anda tidak akan memperolehi hasil yang lumayan untuk tempoh masa yang lama kerana tanaman anda mungkin tidak lagi produktif mengeluarkan hasil atau mutu produk semakin merosot!

Jadi, selain dari menghabiskan terlalu banyak masa untuk bercuti atau tidur, lebih baiklah ia digunakan untuk memajukan perniagaan anda. Jadualkan masa berkerja anda dengan teliti kerana dengan mengambil sikap acuh tak acuh (hanya kerana tiada sesiapa yang akan memecat anda) tidak akan membawa sebarang kejayaan.

#6: Saya tidak perlu berurusan dengan sesiapapun! – ini kerana anda berangggapan bahawa semuanya boleh diuruskan melalui email. Sebenarnya, email hanyalah satu kaedah yang membolehkan anda menguruskan pelbagai kerja-kerja pengurusan dan sebagai alat untuk berkomunikasi dengan bakal pelanggan atau membina hubungan dengan mereka. Sebaik sahaja ia berlaku, anda perlu melanjutkan hubungan secara offline dimana anda perlu menelefon untuk bercakap atau bertemu dengan mereka.

Internet hanyalah satu alat komunikasi yang menyatukan anda dan pelanggan supaya sebarang hubungan seterusnya boleh dimulakan secara offline. Ia bukanlah alat untuk anda menyembunyikan diri anda dari berkomunikasi dengan pelanggan anda (terutamanya selepas menerima bayaran) kerana perhubungan selepas jualan amat penting untuk memastikan anda terus memperolehi pendapatan melalui pembelian ulangan dari mereka.

#7: Saya boleh memecat bos saya dan bekerja bila dan dimana sahaja – jangan sekali-kali berhenti kerja jika perniagaan online anda masih belum memberikan hasil yang lumayan kerana anda mungkin perlu kembali mencari kerja jika ia tidak seperti yang dirancang. Lakukannya secara sambilan dahulu dan jika telah benar-benar berjaya, barulah berhenti kerja dan membuatnya dengan sepenuh masa,

#8: Saya boleh menghabiskan masa untuk keluarga selama mana yang diingini – apabila anda menjalankan perniagaan tanpa mengambilkira apapun bidang yang anda ceburi, ia bukanlah sebuah hobi yang boleh dilakukan bila-bila masa yang anda suka. Jika itu yang anda fikirkan, anda perlu melupakan sahaja hasrat anda. Anda perlu mendisiplinkan diri dengan mengikut jadual kerja yang konsisten.

Oleh itu, janganlah anda menganggap internet seperti tongkat sakti yang akan membuatkan anda menjadi jutawan dengan cepat. Apa jua perniagaan yang anda ceburi samada online atau offline memerlukan perancangan yang bijak selain komitmen dan disiplin yang tinggi untuk berjaya. Sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan dan mengikuti perkembangan terkini teknologi maklumat kemudian mempraktikkanya untuk dimanfaatkan didalam perniagaan anda.

Salam sukses!
Asmawati Abdul Manap
Salam Ikhlas,
Nayan Mohd

E-buku SIRI 1 : e-Usahawan Terunggul



E-buku SIRI 1 : e-usahawan Terunggul, terbitan dari krew Tuah Emas telah dilancarkan secara rasmi pada 5 Mei 2006.

Banyak maklumat yang didedahkan oleh TuahEmas.com di dalam e-buku ini. Anda akan didedahkan dengan pelbagai maklumat terkini dan kisah orang sebenar yang telah berjaya dan menikmati kemewahan hidup dengan melakukan perkara yang sememangnya mereka minati melalui internet.

Dapatkan sekarang dan dengan men-download secara PERCUMA.
http://www.tuahemas.com
http://www.myusahawan.com

testimonial #1

"Keep up the good work. Very happy to see you all turut memartabatkan perniagaan Internet Malaysia.

Very good job dan teruskan usaha anda!"

Dr. Irfan Khairi Jutawan Internet Malaysia
http://www.RahsiaInternet.com

Ikhlas dari,
Nayan Mohd

E-ZINE PERCUMA...



E-Zine WangCyber.com Edisi 1, Mei 2006


Sebuah e-zine mengenai dunia perniagaan internet telah dihasilkan dan telah pun dilancarkan.Edisi pertama e-zine ini menampilkan dan memperkatakan perkara-perkara asas dalam dunia perniagaan internet.

Dapatkan sekarang!!! Ianya cukup bernilai… dan e-zine ini PERCUMA!!!

Ada 8 artikel menarik di dalamnya. Nak tau apa artikel menarik tu??


Sila ke http://www.wangcyber.com/ dan download…

Ikhlas dari,
Nayan Mohd

Thursday, May 18, 2006

3 Sebab UTAMA Kegagalan Perniagaan Internet




Tujuh tahun lalu ketika saya mula mengambil perhatian kepada perniagaan di Internet, kejayaan dan kegagalan sesuatu perniagaan Internet sering menarik perhatian saya. Berbagai-bagai syarikat memulakan perniagaan di Internet, namun sebilangan mencapai keuntungan yang cemerlang, manakala selebihnya tidak berjaya.

Berjuta-juta wang juga telah dilaburkan pada perniagaan Internet. Ada yang meningkat maju seperti Amazon.com dan Dell.com yang berjaya mengaut keuntungan yang lumayan dan menjadikan pengasasnya bilionair. Ada juga yang rebah seperti Boo.com dan Go.com di mana berjuta-juta wang pelaburan lesap entah ke mana. Dilaporkan bahawa lebih dari 90% perniagaan di Internet mengalami kegagalan pada tahun pertama perniagaan dijalankan.

Sebahagian Silicon Valley yang gah dengan pelaburan berbillion juga turut mengalami kerugian dengan janji perniagaan Internet yang menemui kegagalan.

Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan di Internet, berikut adalah beberapa sebab terjadinya kegagalan perniagaan di Internet.

1: Tiada Perancangan
Pepatah orang-orang tua "Jangan berlari sebelum anda pandai berjalan". Seperti perniagaan yang lain, perniagaan di Internet memerlukan perancangan yang rapi.

Jangan gelojoh ketika memulakan perniagaan di Internet, lakukannya langkah demi langkah. Anda perlu ketahui bahawa terdapat banyak masa dan ruang untuk berkembang pada masa yang akan datang.

Anda juga boleh membuat jadual perancangan untuk merekodkan perkembangan perniagaan Internet anda. Contohnya, membuat perancangan mingguan. Dalam masa seminggu, apa yang anda ingin lakukan untuk perniagaan anda? Mungkin menambahkan lagi maklumat produk anda, ataupun menambahkan lagi informasi berguna untuk pelawat laman web anda.

Perancangan amat penting untuk memastikan segala tugasan berjalan dengan lancar dan teratur. Dengan membuat kerja sedikit demi sedikit untuk memperbaiki laman web anda, lama kelamaan anda pasti akan menyediakan laman web yang hebat.

Sebagai contoh, jika anda ingin membina laman web mengandungi tips-tips dan cara menjalankan perniagaan, anda boleh mengambil masa dua jam sehari untuk menulis satu tips dan mengembangkannya kepada satu muka surat.

Jika diikuti perancangan anda, setiap hari satu muka surat, dalam masa 3 bulan, laman web anda sudah mencapai 100 muka surat! Satu laman web yang penuh dengan informasi yang menarik untuk sesiapa sahaja yang ingin menjalankan perniagaan.

2: Laman web perniagaan pasif
Laman web yang tidak dijaga dan diurus, serta tidak dipromosikan akan menjadi sia-sia sahaja. Mempromosikan laman web anda adalah langkah yang paling penting dalam menentukan kejayaan sesuatu perniagaan.Anda perlu tahu bahawa terdapat berjuta-juta laman web perniagaan di Internet. Sistem promosi yang berkesan diperlukan untuk membolehkan laman web anda dijumpai oleh bakal pelanggan anda.

Masa, tenaga dan juga wang perlu dilaburkan untuk mempromosi laman web anda. Anggap laman web anda seperti anda mempunyai kedai tradisional. Sudah pasti anda akan mempromosikan kedai anda dengan bermacam-macam cara untuk menarik pembeli- seperti membuat risalah, mengadakan diskaun, mempamerkan poster dan sebagainya.

Malangnya, ramai yang berpendapat bahawa setelah laman web perniagaan siap dibina, kerja mendirikan perniagaan di Internet berakhir.

Mendirikan perniagaan di Internet adalah langkah pertama tetapi bukan langkah terakhir. Promosi laman web anda adalah kerja yang memerlukan usaha yang berterusan.

Promosi laman web merupakan aktiviti yang paling penting dalam perniagaan Internet. Boleh diibaratkan mendirikan laman web adalah hanya 10% dari menjalankan perniagaan di Internet. 90% usaha anda adalah dalam mempromosikannya.

3: Produk dan perkhidmatan yang salah
Pemilihan produk atau perkhidmatan perlu dilakukan sebelum dipasarkan di Internet. Hakikatnya, tidak semua produk atau perkhidmatan boleh dipasarkan dengan berjaya melalui Internet. Walaupun kebanyakan barangan yang tahan lama boleh diniagakan di Internet, mungkin barangan yang tidak tahan lama sukar dipasarkan.

Juga perlu diambil kira kos penghantaran seperti barangan yang terlalu berat dan besar mungkin sukar untuk dijual melalui Internet terutama ke negara luar oleh kerana kos penghantaran yang tinggi.

Dengan memberi tumpuan kepada antara sebab-sebab utama kegagalan sesuatu perniagaan di Internet, ia dapat membantu anda dalam memulakan perniagaan di Internet di landasan yang betul.

3 Tips Hindarkan Diri Dari Terkena JERAT SCAM.

Oleh : Irfan Khairi
Salam sejahtera,

Sejak beberapa bulan lepas, nama saya sering di kaitkan dengan skim online yang berteraskan SCAM. Bertujuan untuk menipu orang ramai dalam mengaut keuntungan. Sehingga hari ini, syarikat saya dan Azizi Ali telah mengambil tindakan keatas 2 individu yang melanggar undang-undang hakcipta dan harta intelek dalam kes-kes sebegini. Untuk maklumat lanjut, sila ke http://www.rahsiainternet.com/penting.htm

Berikut adalah 3 tips untuk menghindarkan diri anda dari terkena JERAT SCAM.

1: SCAM atau menipu online sering bertujuan untuk mengaut keuntungan dari mereka yang dalam keadaan terdesak. Kebanyakan SCAM berasas kepada peluang membuat duit. Sekiranya anda berdepan dengan sebarang peluang menjana wang di Internet, Email atau SMS, anda perlu lebih berhati-hati oleh kerana asas SCAM adalah dalam menarik minat mereka yang terdesak inginkan penyelesaian kepada masalah kewangan.

Fikiran anda perlu lebih berhati-hati dan was-was apabila berdepan dengan sebarang skim menjana pendapatan di Internet oleh kerana kebanyakan SCAM lahirnya di situ.

2: Kebanyakan SCAM berasas kepada 'anonymity' iaitu, pengasas SCAM tersebut sama ada individu ataupun syarikat, inginkan maklumat mereka disembunyikan. Mereka bagaikan menyorok di alam siber di mana asal-usul mereka tidak diketahui.

Individu atau syarikat tersebut tidak akan mendedahkan identiti mereka. Maklumat-maklumat penting seperti alamat mereka, cara menghubungi, kewujudan mereka sering dirahsiakan. Anda perlu berhati-hati, sekiranya mereka inginkan segala urusan 100% online. Kewujudan mereka hanya 100% maya. Mungkin ianya 100% SCAM.

3: Akhir sekali, berhati-hati sekiranya peluang yang diberi oleh individu atau syarikat bunyinya amat mudah (too good to be true). Memperolehi sejumlah wang yang besar bukan suatu perkara yang mudah. SCAM sering mewar-warkan bahawa menjana pendapatan adalah amat mudah. Serta, skim tersebut akan menjanjikan pulangan yang tinggi (beribu-ribu ringgit) dengan pelaburan yang rendah (mungkin RM10).

Fikiran mereka sebelum terkena scam mungkin mengatakan "Wang yang dilaburkan kecil... sekiranya tidak berjaya, ianya tidak apa. Sebab saya cuma hilang RM10 sahaja". Bagi pihak individu atau syarikat yang melakukan SCAM pula mengatakan "RM10 adalah jumlah kecil. Kalau mereka (yang terkena) kehilangan RM10 sahaja sudah tentu mereka tak mencari saya. 1,000 orang bayar RM10, saya sudah untung RM10,000!"

Di dunia ini, tiada skim yang wujud di mana anda melakukan sedikit kerja, kemudiannya pulangan berlipat kali ganda akan melimpah ruah kepada anda. Sekiranya ini terjadi, maka, sudah tentu skim-skim tersebut sudah diberitakan di dada akhbar, di berita TV dan media-media yang lain oleh kerana ia dapat membantu masyarakat hidup dengan lebih mewah.

Jangan lupa, SCAM bertujuan untuk menarik mereka yang terdesak inginkan wang. Tumpuan skim-skim scam adalah untuk menarik mereka yang "Inginkan pulangan tinggi, tetapi usaha yang kurang". Mudah-mudahan anda tidak terjerat dalam kategori ini.

SCAM ada di merata-rata dan antaranya amat halus untuk dikesan. Antara nasihat yang paling baik adalah untuk "tepuk dada, tanya selera" - tanya diri anda sendiri. Sekiranya di hati anda terdetik sesuatu skim itu mungkin SCAM, maka, anda perlu berhati-hati. Kajian menunjukkan ramai yang terkena SCAM sebenarnya sebelum menyertai skim/sistem tersebut sudah mempunyai rasa hati (rasa tak sedap hati), tetapi masih terus menyertainya oleh kerana sifat "ingin tahu" yang kuat sama ada skim tersebut adalah penyelesaian kepada masalah kewangan mereka!

Semoga kita lebih berhati-hati dengan JERAT SCAM,

Irfan Khairi
http://www.rahsiainternet.com

Wednesday, May 17, 2006

100 Idea Bisnes

ANDA NAK BISNES??

TAPI TIADA IDEA??

Berikut adalah senarai 100 Idea Bisnes.

Pesanan dari saya : [ Baca dengan teliti ]

Juru runding perniagaan
Perkhidmatan simpan kira Syarikat ( akaun )
Perkhidmatan kesetiausahaan
Perkhidmatan recycle ( kitar semula )
Clipping service
Collection service
Perkhidmatan faks
Membuat promosi
Juru gambar
Katering
Merawat bunga / tanaman
Broker maklumat
Data sekuriti
Data masuk
Perunding perisian komputer
Guru komputer
Deejay secara kontrak
Promoter jualan
Broker cetakan
Broker hartanah
Broker kenderaan
Mencuci pangsapuri
Hiasan dalaman / Pengubahsuaian rumah
Ejen lelongan/jualan
Melukis papan iklan
Pengacara
Membaiki paip
Membaiki peralatan elektrik
Menaip
Menjahit
Menggubah bunga
Seni mengandam
Mengajar tusyen
Guru tari
Guru kompang
Guru masakan
Menjual lauk pauk
Menjual sarapan pagi
Menyewakan bunga-bungaan
Menyewakan pita video
Guru fotografi
Guru jahitan
Guru sulaman/mengait
Guru musik
Guru nyanyian
Guru agama
Guru quran
Ketabiban
Rawatan tradisional
Mendandan rambut
Servis menjawab talipon
Seminar mutu diri
Membaiki motokar
Membaiki motosikal/basikal
Juru runding kewangan
Menyewakan bilik
Perunding perkahwinan
Mengambil gambar perkahwinan dan keluarga
Menyewakan kenderaan
Mencari barangan antik
Multi level marketing
Jualan secara parti dirumah
Menjual melalui talipon
Perkhidmatan talipon jarak jauh
Perunding pelancongan
Menghantar barang
Membuat cop getah
Mencetak t-shirt
Membuat perabot
Membuat barangan kraf
Membuat kuih muih
Membuat biskut dan pastri
Menyewakan peralatan musik
Melukis
Membuat grafik
Membaiki jeans dan pakaian
Membuat dan menjual aksesori wanita
Membuat dan menjual butang , lencana
Menjual cenderahati
Membuat pagar kayu
Menjual kayu api
Menjadi ejen import eksport
Menjual buah-buahan kampung
Menjual sayur-sayuran
Menjual ikan perliharaan
Melukis pelan rumah/bangunan
Menulis buku/menulis skrip drama
Menulis novel / cerita seram / remaja
Menulis surat berita / newsletter
Pemberita bebas.
Melukis kartun
Menulis artikel
Agensi pekerjaan
Agensi insuran kenderaan /lesen/cukai jualan
Menulis surat rasmi
Mengisi borang rasmi
Menulis petisyen
Menerbitkan panduan hartanah
Typesetting
Komedi
Penterjemah
Proofreading
Editor

Bisnes-bisnes ini boleh dijalankan secara online...


Salam Ikhlas,

Nayan Mohd

Thursday, May 11, 2006

4 Step To Start Your Own Online Biz


Step 1 : What is your type of business?

In order to build up a online business, you must have something to sell. There are a lot of product out there. THINK..THINK..and THINK...

2 categories:
1) services
2) product

Step 2 : Build up your own website

Don't know how to build up a website??
You can do by youself or ask expert to do for you.

Step 3 : Payment transaction

Build up a payment transaction. It is to make you customer easily pay for your product or services.

Step 4 : PROMOTION..PROMOTION..PROMOTION..

This is the most important step to success in your online business. Without promotion..nobody knows about you website..you business. If this happen, your online business....will fail..

So, thats all for now...


Nayan Mohd
http://ideabisnes.blogspot.com

9/10 Rezeki Dalam Perniagaan


Oleh: Irfan Khairi


Tiada jalan pintas untuk mencapai kekayaan. Namun, apakah cara paling cepat untuk mencapai kekayaan?


Jawapannya amat mudah- perniagaan! Jikalau kita menyemak orang-orang kaya di dunia, hampir semua menjadi kaya melalui perniagaan. Apa yang dikatakan 9 daripada 10 rezeki datangnya daripada perniagaan adalah amat tepat. Seseorang yang bijak dalam pelaburan saham apabila melabur RM5,000 mungkin akan mendapat pulangan 20-30% dari jumlah pelaburan. Namun, seseorang yang bijak dalam perniagaan apabila melaburkan RM5,000 dalam perniagaan sendiri akan mendapat pulangan berpuluh-puluh atau beratus kali ganda dari pelaburan tersebut.


Oleh itu, cara paling cepat untuk mencapai kekayaan adalah melalui perniagaan. Amat sukar bagi mereka yang kerja makan gaji mencapai kekayaan dengan cepat. Walaubagaimana pun, usah risau jikalau anda bekerja makan gaji. Pesan seorang kawan saya, jutawan Cina berbunyi: “Apa yang kita buat dari pukul 9.00-5.00 di pejabat adalah untuk menampung hidup kita… untuk menjadi kaya, ianya adalah apa yang kita buat selepas pukul 5.00 petang”.


Terdapat berbagai-bagai cara memulakan perniagaan secara part-time dari membuka gerai dan berniaga kecil-kecilan, melakukan perniagaan di Internet, memberi tuisyen kepada pelajar, membuat jualan langsung dan sebagainya. Peluang perniagaan ada di merata-rata tempat. Anda cuma perlu peka dengan permintaan sesuatu produk ataupun perkhidmatan di sekeliling anda.


Walaubagaimanapun, untuk mencapai kejayaan dalam bidang perniagaan, anda perlu menimba ilmu secukupnya. Anda tidak perlu mencipta cara berniaga baru- apa yang anda perlu lakukan adalah mengikuti jejak langkah mereka yang telah berjaya dalam sesuatu perniagaan tersebut. Dengan mengikuti jejak langkah mereka yang sudah berjaya, anda tidak akan tersasar dari jalan menuju kekayaan!


Salam cemerlang, sehingga berjumpa lagi


Mengenai Penulis:
Irfan Khairi adalah penulis buku “Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar” dan speaker dalam bidang membina kekayaan & kejayaan.

Nayan Mohd

http://ideabisnes.blogspot.com

http://www.maskahwin.com/index.php?ref=jutawanceo

8 Langkah Menjadi JUTAWAN...




8 Langkah Menjadi Jutawan…
oleh: Irfan Khairi


Langkah 1: Mulanya di fikiran


Kekayaan bermula di fikiran. Jikalau anda berfikiran negatif mengenai kekayaan, maka, ia akan menjadi penghalang mental anda. Lepasi penghalang mental tersebut dengan berfikiran positif tentang kekayaan. "Duit banyak bukannya boleh bawak ke kubur" merupakan salah satu fikiran negatif yang sering diluahkan. Apa kata anda tukar mindset tersebut kepada, "Duit banyak, nanti lebih banyak amal jariah boleh lakukan, walaupun kita sudah ke kubur!"

Sekiranya anda inginkan kekayaan, langkah pertama anda adalah untuk membuang segala fikiran negatif tentang kekayaan. Tembusi benteng pertama yang menjadi penghalang kepada kekayaan- iaitu fikiran anda sendiri. Fikirkan boleh!

Langkah 2: Tetapkan matlamat

Dengan keinginan, anda perlu menetapkan matlamat. Keinginan tanpa matlamat merupakan perbuatan yang sia-sia oleh kerana kita tidak tahu arah hala tuju kita. Bayangkan anda menaiki teksi, tetapi tidak mempunyai matlamat destinasi. Silap hari bulan, anda di tendang keluar dari teksi. Dengan mempunyai matlamat, dalam konteks ini, destinasi, maka anda akan dapat menetapkan satu jalan untuk mencapai matlamat anda.

Matlamat bagaikan suatu peta untuk anda sampai ke suatu destinasi. Tanpa peta yang lengkap, anda pasti akan tersasar dari destinasi anda. Tetapkan matlamat yang tinggi untuk diri anda, namun, matlamat tersebut perlu logik diterima fikiran. Sebagai contoh, memperolehi RM1 juta dalam masa 2 tahun bunyinya tidak logik- amat jarang sekali diperolehi oleh seseorang (namun tidak mustahil). Namun, memperolehi RM1juta dalam masa 10 tahun adalah suatu yang logik diterima fikiran dan sering dilakukan oleh jutawan-jutawan di Malaysia. Bagaimanakah caranya? Ikuti langkah-langkah seterusnya…

Langkah 3: Hendak sejuta daya…

Matlamat tanpa usaha adalah sia-sia. Matlamat tanpa usaha adalah umpama "Angan- angan Mat Jenin". Kekayaan dan kejayaan tidak akan jatuh ke riba kita begitu sahaja. Hendak peroleh wang berjuta? Maka, anda perlu letakkan sejuta usaha untuk merialisasikan impian anda. Tiada jalan pintas dalam mencapai kekayaan- usaha adalah tangga kejayaan.

Dalam memotivasikan diri anda untuk berusaha mencapai matlamat anda, anda perlu memberi komitmen setiap hari dalam mencapai impian anda. Setiap hari, lakukan sesuatu untuk dekatkan anda kepada matlamat anda. Jangan tinggalkan sehari tanpa melakukan sesuatu walaupun usaha tersebut adalah sedikit sahaja. Perkataan kaizen yang berasal dari Jepun bermaksud improvement sedikit demi sedikit. Dengan sikap kaizen inilah Jepun berjaya menjadi negara maju yang disegani seluruh dunia.
Langkah 4: Pengetahuan & ilmu

Pengetahuan merupakan faktor penting dalam membina kekayaan. Tiada jalan pintas dalam memperolehi kekayaan. Dengan pengetahuan yang lengkap dalam sesuatu industri, ini akan memudahkan anda mencapai kekayaan dan kejayaan.
Cara mudah untuk mendalami ilmu industri yang anda kecimpung adalah dengan cara membaca. Tanam sifat rajin membaca. Terdapat berbagai-bagai bahan bacaan di pasaran merangkumi topik-topik tertentu. Dengan mendalami pengetahuan dalam industri anda, anda akan menjadi pakar dalam bidang anda sendiri.

Satu perkara penting dalam mencari ilmu adalah anda tidak perlu reinvent the wheel. Kejayaan telah dicapai dalam semua industri. Apa yang anda perlu lakukan adalah pelajari dari mereka yang telah berjaya. Dengan mengikuti jejak langkah mereka yang telah berjaya, anda pasti tidak akan tersasar dari mencapai kejayaan juga.Langkah 5: Mulakan perniagaan

9/10 rezeki datangnya dari perniagaan. Mereka dari golongan terkaya di Malaysia dan dunia merupakan ahli perniagaan. Amat sukar dan mengambil masa yang lama untuk menjadi kaya sekiranya anda seorang pekerja- namun ianya masih tidak mustahil.

Cuba berjinak-jinak dengan perniagaan. Anda terikat dengan pekerjaan 9-5? Tidak mengapa, anda masih mempunyai masa 5-9! Jikalau anda tidak dapat memulakan perniagaan secara full time, mulakan perniagaan secara part time. Terdapat berbagai-bagai peluang perniagaan di Malaysia. Namun perlu berhati-hati anda tidak terjerumus dengan perniagaan yang melibatkan penyelewengan serta skim-skim cepat kaya dan piramid.

Anda boleh memulakan pengalaman perniagaan anda dengan membuka gerai, franchais, menyertai perniagaan network, memulakan perniagaan dari rumah ataupun melalui perniagaan Internet- seperti saya! Jangan lupa langkah 3 iaitu pelajari ilmu perniagaan berkaitan dengan bidang anda.

Langkah 6: Perihal kewangan

Dalami perihal kewangan. Untuk berjaya dari segi kewangan, anda perlu dilengkapi dengan ilmu mengenai wang. Ketahui bahawa kekayaan bukan bererti berapa banyak wang anda perolehi sebulan- tetapi, berapa banyak wang anda dapat simpan sebulan. Seseorang yang berpendapatan RM10,000 tetapi berbelanja RM9,000 sebulan sudah tentu tidak sekaya seseorang yang bergaji RM3,000 tetapi berbelanja RM1,500 sebulan. Kekayaan bukanlah berapa banyak anda perolehi, tetapi berapa banyak anda boleh menyimpan.

Konsep penting dalam memahami perihal wang adalah konsep compound interest. Maksudnya, pelaburan wang anda yang menghasilkan faedah, kemudiannya keuntungan faedah serta wang pokok anda itu dilaburkan semula. Dengan menggunakan konsep compound interest, wang anda akan berganda dua kali dalam masa 7 tahun sekiranya faedah yang anda terima adalah 10%. Menurut Robert Kiyosaki, penulis buku Rich Dad, Poor Dad, selain dari memulakan perniagaan, cara mencapai kekayaan adalah melalui pelaburan.

Langkah 7: Lakukan apa yang anda suka

Anda boleh mencapai kekayaan tidak kira dalam apa bidang jua. Satu kesilapan besar yang sering terjadi adalah apabila kita memikirkan bahawa bidang yang kita dalami tidak boleh menjadikan kita kaya. Sering kita fikirkan, industri yang lain boleh memberi pulangan yang lebih tinggi. Dalam buku motivasi klasik Acres of Diomand, penulis mengatakan bahawa senario "the grass is greener on the other side" sering terjadi pada setiap insan. Ini bererti, anda akan sering merasakan industri lain lebih membawa keuntungan dari industri anda. Bidang yang lain lebih memberi kekayaan.

Pada hakikatnya, kekayaan dan kejayaan boleh dicapai tidak kira apa bidang pun. Lakukan sedikit tinjauan- anda pasti akan bertemu kisah mereka yang berjaya dan mencapai kekayaan dalam bidang anda juga!
Langkah 8: Mereka yang berjaya adalah mereka yang sering gagal

Sejarah sering menceritakan kejayaan seseorang sering kalinya dikait dengan kegagalan di masa yang lampau. Ini adalah sememangnya benar oleh kerana mereka yang berjaya pasti mempunyai cerita kegagalan yang boleh dikongsikan.
Perbezaan mereka yang berjaya dan mereka yang tidak, adalah, mereka yang berjaya akan mengambil kegagalan sebagai iktibar. Tidak kira berapa kali kegagalan mengundang, mereka tidak akan berputus asa. Pencipta lampu mentol, Thomas Edison hanya mencapai kejayaan selepas seribu kali mencuba. Apabila ditanya, bagaimana beliau masih boleh berusaha walaupun gagal begitu banyak kali, jawapannya adalah, dia tidak menganggap dirinya gagal. Dia menganggap beliau menjumpai 999 cara yang salah dalam mencipta lampu mentol!

Irfan Khairi adalah penulis buku "Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar" dan speaker dalam bidang membina kekayaan & kejayaan. Untuk Maklumat lanjut, sila lawati
http://www.rahsiainternet.com/ dan http://www.irfankhairi.com/

Buku Rosli Jamal



Tajuk : Klik Untuk Kaya : 8 Rahsia Jutawan Siber
Penulis : Rosli Jamal
Penerbit : Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.
Buku ini merupakan satu Panduan Membuka Bisnes Siber yang menerangkan 8 Rahsia Jutawan Siber.
8 Rahsia Jutawan Siber ialah :
1. Sedar Peluang Di Depan Mata
2. Bersedia Untuk Berjaya
3. Tonjolkan Diri
4. Buat Heboh
5. Ramaikan Kawan
6. Komunikasi Berkesan
7. Produk Kow!
8. Jangan Lupa Diri
Semoga dengan adanya 8 rahsia ini dapat membantu anda dan saya untuk merealisasikan impian kita iaitu membia sebuah perniagaan internet yang berjaya.

Akhir kata, ilmu yang bermanfat itu seharusnya dikongsi bersama.

Salam IdeaBisnes,

Nayan Mohd
http://ideabisnes.blogspot.com/
http://www.maskahwin.com/index.php?ref=jutawanceo

Tuesday, May 09, 2006

Buku Irfan Khairi




Tajuk : Rahsia Internet.com : Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar.
Penulis : Irfan Khairi
Penerbit : True Wealth Sdn. Bhd.

Anda pastinya pernah melihat buku ini di pasaran dan saya pasti sebilangan anda yang telah memilikinya. Saya juga seperti anda..telah memiliki buku hasil tulisan Saudara Irfan Khairi ini. Saya mula mengenali buku ini apabila terbaca di dalam sebuah akhbar harian kita. Dan topik yang dibincangkan ialah JUTAWAN INTERNET. Jutawan Internet yang dimaksudkan ialah Irfan Khairi.

Artikel itu memang menarik minat saya terhadap Bisnes Internet. Beberapa hari kemudian saya terus membeli buku tersebut di salah sebuah kedai buku iaitu Popular. Hanya dalam satu malam sahaja saya dapat menghabiskan bacaan buku ini walaupun ada bahagian dan terma-terma berkaitan internet yang saya tak faham. tetapi...saya kembali untuk membaca buku itu secara terperinci...

sebab?
setiap maklumat berguna hendaklah dibaca dari mula dan satu persatu..

Antara kandungan buku hebat ini ialah:
1. Bahagian Petama : Memulakan Perniagaan Di Internet.
2. Bahagian Kedua : Rahsia Jutawan Internet Terbongkar
3. Bahagian Ketiga : Penutup

Buku ini pastinya dapat membantu anda bakal-bakal jutawan internet untuk memulakan perniagaan internet anda sendiri.

Ingatlah bahawa “Membaca itu Jambatan Ilmu”.

Salam IdeaBisnes,

Nayan Mohd
http://ideabisnes.blogspot.com
http://www.maskahwin.com/index.php?ref=jutawanceo

Friday, May 05, 2006

Kriteria Usahawan Internet

Oleh : Irfan Khairi


Salam sejahtera,

Sering saya di tanya, apa yang perlu ada pada seseorang itu untuk berjaya dalam bidang perniagaan Internet. Apakah kriteria seseorang usahawan Internet.

Bila difikirkan, jawapannya tidak jauh lari daripada apakah kriteria seorang usahawan bukan Internet. Kreatif, inovatif, berpandangan jauh, sanggup mengambil risiko, tidak mudah putus asa, bijak membahagikan tugas dan sebagainya menjadi norma bagi kriteria seorang usahawan. Untuk menjadi usahawan Internet yang berjaya, kesemua kriteria yang dimiliki oleh usahawan bukan Internet perlu ada pada diri sendiri.

Namun, apabila dilihat dengan lebih terperinci, terdapat beberapa kriteria tambahan yang perlu ada pada Usahawan Internet untuk berjaya berbanding dengan usahawan bukan Internet. Berikut adalah kriteria-kriteria tambahan yang dimaksudkan:

#1 Aktif dalam pemasaran

Salah satu kebaikan perniagaan di Internet adalah pasaran dunia. Dengan kos yang minima, seseorang itu boleh meniagakan produk atau perkhidmatannya kepada pelanggan serata dunia.

Apa yang perlu diingat juga adalah, apabila anda mengembangkan perniagaan anda untuk mencapai pasaran dunia, pesaing anda juga adalah pesaing-pesaing global. Untuk berjaya, usahawan Internet perlu aktif dalam memasarkan perniagaan Internetnya. Perniagaan menjadi semakin kompetetif oleh kerana anda harus bersaing dengan usahawan-usahawan luar yang berlumba-lumba memberi kualiti terbaik di serata dunia.

#2 Bijak memenuhi peluang pasaran yang ada

Perniagaan Internet di Malaysia masih di tahap yang baru. Terdapat banyak ruang kosong dari segi peluang pasaran yang belum dipenuhi. Ini merupakan satu kelebihan bagi mereka yang bijak mengambil peluang memenuhi kekosongan tersebut untuk memulakan perniagaan.

Tidak seperti negara-negara barat, hampir kesemua kategori pasaran telah dipenuhi dengan laman perniagaan yang berkaitan. Di Malaysia, masih banyak peluang terbuka dan mereka yang bijak memenuhi ruang pasaran tersebut akan berpeluang menjadi ketua kategori perniagaan Internet tempatan.

#3 Pemikiran yang unik

Seseorang usahawan Internet perlu memberi suatu keunikan kepada perniagaannya. Sememangnya perniagaan yang unik adalah penting untuk perniagaan bukan Inetrnet juga, namun, di Internet, ianya adalah lebih penting oleh kerana pesaing anda hanyalah satu klik dari pada anda.

Tidak seperti perniagaan bukan Internet, pesaing anda mungkin berada di bandar lain, dan disebabkan batasan logistik, ianya mungkin sukar untuk mencapai pesaing. Tetapi, di Internet, pesaing anda hanyalah satu klik daripada anda. Untuk mencapai laman web perniagaan pesaing anda, pelawat hanya perlu membuat carian online, dan mereka boleh beredar dari laman anda dalam masa beberapa saat sahaja.

Pendekatan perniagaan yang unik adalah penting untuk memastikan pelawat anda menganggap perniagaan anda adalah penyelesaian kepada masalah mereka. Dengan pendekatan yang unik, anda berpeluang mengetengahkan kelebihan perniagaan anda berbanding dengan pesaing anda seperti mana Domino's Pizza menjanjikan "Penghantaran dalam masa 30 minit atau pizza percuma!" dan Amazon.com menjanjikan pelawat bahawa mereka adalah "Kedai buku terbesar di bumi"

#4 Kesabaran dan kecekalan hati

Oleh kerana kegagalan perniagaan di Internet adalah amat tinggi oleh kerana ramai yang masih tidak faham dengan medium perniagaan era baru ini. Kesabaran dan kecekalan hati dalam meneruskan usaha perlu ada pada setiap usahawan Internet.

Dalam proses membina perniagaan di Internet, terdapat kesukaran yang akan di hadapai. Sebagai usahawan Internet yang berjaya, ambil segala kesukaran sebagai satu cabaran untuk terus memahami perniagaan di Internet. Apa jua benteng yang ada di hadapan, boleh di elakkan dengan mencuba kaedah-kaedah perniagaan Internet tertentu.

Memang tidak dapat dinafikan lagi, di Malaysia perniagaan Internet masih lagi setahun jagung. Pada ketika ini, tiada banyak rujukan perniagaan-perniagaan Internet tempatan yang berjaya boleh di ambil iktibar. Rujukan boleh dilakukan dengan laman-laman web perniagaan antarabangsa.

Di atas adalah beberapa kriteria usahawan Internet yang berjaya.

Untuk berjaya di dalam perniagaan maya, usahawan perlu mengabungkan kriteria-kriteria untuk berjaya di bisnes bukan Internet serta kriteria-kriteria tambahan usahawan Internet. Untuk berjaya dalam apa jua bidang termasuk perniagaan Internet, ilmu pengetahuan adalah yang paling penting. Dalam kes ini, ilmu perniagaan digabungkan dengan ilmu internet.

Irfan Khairi
http://www.rahsiainternet.com

INTRODUCTION

Assalamualaikum...Hello...Hai..

Welcome to IdeaBisnes.blogspot.com..

In this blog, we will discuss on the topic related to Internet Business, Motivation and Entreprenuer. We hope this blog can give you some valuable information.

Thanks.