Idea Bisnes Online

"Bersama Kita Berkongsi Idea Bisnes Untuk Berjaya"

Tuesday, September 26, 2006

Beli Secara Online.....SELAMAT KE??

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni saya nak kongsikan dengan para pembaca tentang pengalaman saya membeli secara online di internet.

Pengalaman Pertama
Saya ada membeli sebuah buku berkaitan "Bisnes Internet" secara online. Buku yang bertajuk " Rahsia Buat Duit Dengan Internet. Saya membeli di www.Saudagar.com.my, milik Team SaifulSham. Saya membuat pembayaran menggunakan perkhidmatan ATM Maybank. Ia mudah dan selamat. Saya menerima buku itu beberapa hari kemudian.

Pengalaman Kedua
Saya membeli CD-Rom Langkah 1-2-3 Membina Laman Web Perniagaan yang dibuat oleh Dr. Irfan Khairi pada 2 minggu lepas. Pembelian ini saya lakukan secara online dan menggunakan kad kredit. Pada mulanya saya agak risau untuk menggunakan kad kredit. Ianya agak mudah dan selamat. Ini kerana saya menerima CD-Rom itu hanya 3 hari selepas saya membuat pembayaran. Terima kasih Dr. Irfan Khairi.

Itulah pengalaman saya membeli-belah secara online. Semoga ia dapat memberi sedikit panduan kepada para pembaca.

Ikhlas,

Nayan Mohd
http://www.bijakbisnes.com

Thursday, September 14, 2006

Bertemu Kembali...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dah lama saya tak menulis di blog ini.. Nak Tau sebabnya??

1) Saya membina laman web saya sendiri dan dah SIAP

Nak tau URL nya??
-http://www.bijakbisnes.com

Saya belajar sedikit demi sedikit ilmu untuk membina laman web ini.

2) Saya telah bertemu dengan usahawan internet yang semakin popular.. Siapakah dia??
Saya telah bertemu dengan Saudara Zulfadli @ Zul SmartUsaha @ SmartZul

Saya ada sekeping gambar untuk tatapan anda..















Gambar ini diambil semasa Zul SmartUsaha mengadakan "mini gathering" di Johor Bahru pada 5 ogos 2006 yang lalu.

Dari kiri : Saya (Nayan Mohd), Hasrul, Zul SmartUsaha